suria

Shafie Dalam Senarai SPRM

KOTA KINABALU: Adik kepada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Hamid direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan RM1.5 dana kementerian persekutuan di Sabah.

Dan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu antara individu yang akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau mungkin dipanggil bagi membantu siasatan walaupun SPRM tidak memberikan petunjuk mengenainya.

Sumber berkata, Presiden Parti Warisan Sabah itu pastinya ada banyak soalan yang perlu dijawab berhubung kes tersebut.Malah, ahli parti turut menjangkakan penahanannya dalam tempoh terdekat.

Naib Presiden Warisan, Junz Wong berkata mereka bersedia menghadapi sebarang kemungkinan bahawa Shafie hanya menunggu masa sahaja untuk ditahan.Shafie dijangka kembali ke Sabah pada hujung minggu ini.

Dia akan menghadiri perhimpunan Warisan di Keningau pada Ahad.Tujuh individu termasuk dua pemimpin kanan Warisan masih ditahan reman.

Penyiasat SPRM sedang mengenal pasti sekurang-kurangnya dua atau lebih Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk disoal siasat.

Kebanyakan mereka mempunyai kaitan kekeluargaan dengan Shafie.

Terdapat juga mesej WhatsApp yang tersebar di Sabah menggesa ahli Warisan untuk terus berjuang sehingga ke penghujungnya walaupun pemimpin mereka ditahan.

"Kami adalah rakyat dan kami juga pemimpin," kata mesej tersebut.

Mesej itu turut mendakwa Shafie mengakui beliau akan ditahan SPRM pada bila-bila masa dan menggesa ahli Warisan supaya bertenang dan tidak menimbulkan sebarang kekecohan.

Sumber berkata sekurang-kurangnya 32 individu termasuk mereka yang berasal dari Semporna, Sabah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes itu.

Beberapa daripada mereka sudah diambil keterangan.

SPRM sebelum ini mendedahkan kes penyelewengan dana sebuah kementerian persekutuan di Sabah membabitkan nilai RM1.5 bilion.

Ia berdasarkan peruntukan RM7.5 bilion untuk pelbagai projek pembinaan infrastruktur di negeri ini antara 2010 dan 2016.

SPRM, Shafie Apdal

Artikel Sebelum

Nasi 7 Benua

Artikel Berikut

Gadai Nyawa Setiap Hari

Artikel Lain