suria

Tangki Peluwap Di Kertih Terbakar

KUALA TERENGGANU: Petroleum Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan  sebuah tangki peluwap di kilang penapisan Kertih yang dikendalikan PETRONAS Penapisan (Terengganu) Sdn Bhd, terbakar kira-kira pukul 8 malam Rabu.

Dalam satu kenyataan, Pasukan Respons Kecemasan kilang penapisan itu bertindak serta merta dan api dapat dipadamkan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kertih kira-kira  pukul 10 malam.

Ia berkata, tiada kakitangan dilaporkan cedera dalam kebakaran itu dan masyarakat sekeliling tidak terjejas oleh kejadian itu.

“PETRONAS Penapisan Terengganu sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk mencari punca kebakaran,” katanya. - BERNAMA   

PETRONAS, tangki peluwap

Artikel Sebelum

Gadai Nyawa Setiap Hari

Artikel Berikut

Penawar Batuk Di Tanah Suci

Artikel Lain