suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Diskaun Tol Sempena Deepavali

KUALA LUMPUR: Pengguna Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK) bakal menikmati diskaun tol sebanyak 10 peratus bersempena perayaan Deepavali.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Prolintas Datuk Mohammad Azlan Abdullah dalam kenyataan pada Rabu berkata diskaun tol itu akan bermula dari 6 pagi 18 Okt hingga 6 pagi 19 Oktober untuk kenderaan kelas 1 sahaja.

"Tawaran diskaun ini diharap dapat meringankan beban perbelanjaan yang ditanggung pengguna lebuh raya, terutamanya bagi yang merayakan Deepavali," katanya.

Lebih 300,000 pengguna lebuh raya Prolintas dijangka bakal menikmati faedah itu, kata beliau.- Bernama

Diskaun Tol

Artikel Sebelum

Penawar Batuk Di Tanah Suci

Artikel Berikut

Artikel Lain