suria

Masurati Maut Ditembak Polis

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga Filipina yang ada kaitan dengan kumpulan menculik untuk mendapatkan wang tebusan yang berpangkalan di Filipina terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di daerah, Kunak.

Suspek berusia 50 tahun, yang dikenal pasti sebagai Masurati Insawan atau lebih dikenali sebagai "Tarab", terbunuh di perairan Pulau Burung semasa Ops Sea Hunter kira-kira 2.30 pagi Jumaat.

Operasi itu diketuai Ketua Polis Daerah Kunak, Superintenden Mohd Nasaruddin M Nasir.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim memberitahu pemberita bahawa suspek merupakan pemberi maklumat bagi kumpulan penculik dan juga terlibat dalam rompakan yang melibatkan nelayan di kawasan itu.

Beliau berkata polis mendekati suspek yang berada di dalam bot pam.

"Ketika pasukan polis cuba mendekati suspek, dia mula melepaskan tembakan dan melarikan diri.

"Berlaku insiden berbalas tembakan. Selepas kejadian itu, ketika polis sampai ke bot, suspek ditemui maut," kata Noor Rashid.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut terhadap bot turut menemukan satu senjata api revolver, tiga butir peluru dan satu kelongsong peluru serta sebilah pedang samurai.

Masurati, penculik

Artikel Sebelum

Suri Rumah Maut Ditikam

Artikel Berikut

Artikel Lain