suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jaim Dipecah Masuk, Jadual UPKK Disusun Semula

Bangunan pejabat Jaim. - Facebook

KUALA LUMPUR: Jadual bagi peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi tahun 2017 disusun semula berikutan kejadian pecah masuk di Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pada Khamis menyebabkan tiga kertas soalan bagi tiga subjek hilang.

Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha berkata bagaimanapun kejadian itu tidak menjejaskan pelaksanaan peperiksaan tersebut yang dijadualkan pada 2 hingga 5 Okt ini.

"Ini kerana Jakim telah menyediakan set soalan kedua bagi subjek-subjek tersebut dan penyusunan jadual baharu adalah bagi memastikan kelancaran peperiksaan UPKK 2017," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Jadual baharu bagi UPKK 2017 adalah seperti berikut: Isnin (2 Okt) 2.15 petang hingga 3.45 petang - Sirah 4 petang hingga 5.30 petang - Adab (Akhlak Islamiyah) I;  Selasa (3 Okt) 2.30 petang hingga 4 petang - Lughah al-Quran; Rabu (4 Okt) 2.30 petang hingga 4 petang - Ulum Syari'ah (Aqidah dan Ibadah) 4.15 petang hingga 5.15 petang - Adab (Akhlak Islamiyah) II; Khamis (5 Okt) 2.30 petang hingga 4 petang - Pelajaran Jawi dan Khat.

Sementara itu, Othman berkata pihak JAIM telahpun membuat laporan kepada pihak berkuasa mengenai kes pecah masuk berkenaan dan siasatan akan dijalankan mengikut peruntukan undang-undang.

"Jakim memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi berikutan perkara ini," katanya. - Bernama

UPKK 2017

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain