suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guru Bongkar Rahsia Murid Dirogol

Kanak-kanak perempuan dakwa dirogol sejak berusia tujuh tahun. - Gambar hiasan/ Pixabay

JASIN: Perbualan antara seorang guru dan anak muridnya membongkarkan peristiwa hitam bahawa kanak-kanak itu pernah dirogol.

Murid Tahun Empat itu menunjukkan kurang minat belajar ketika sesi persekolahan berjalan.

Guru kelas terbabit kemudiannya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan murid tersebut secara peribadi di sekolah pada minggu lalu untuk mengetahui punca sebenar perkara itu berlaku.

Paling memeranjatkan, budak perempuan berusia 10 tahun itu mendakwa dirinya mendapat serangan seksual daripada seorang remaja lelaki.

Suspek yang berusia 14 tahun itu didakwa merogol kanak-kanak malang terbabit sejak berada di Tahun Satu.

Perbuatan terkutuk tersebut dilakukan di beberapa lokasi, termasuk dewan komuniti berhampiran rumahnya.

Guru berkenaan membuat laporan di balai polis Merlimau pada Rabu berdasarkan maklumat yang diberikan oleh mangsa.

Difahamkan, suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Supritendan Arshad Abu ketika dihubungi The Star mengesahkan kes tersebut.

rogol

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Senyuman Buat Peminat

Artikel Lain