Kurang Asam Punya Anak - Semasa | mStar

Kurang Asam Punya Anak

PETALING JAYA: Video seorang remaja berpakaian sekolah bertindak memukul seorang wanita yang dipercayai ibunya menjadi tular pada Selasa.

Rakaman berdurasi 43 saat itu menunjukkan remaja lelaki itu memukul ibunya tanpa belas kasihan sambil mengeluarkan kata-kata kesat.

Remaja tersebut yang dikenali sebagai Syukri, 16, dipercayai berang apabila ibunya enggan memberikan sejumlah wang yang diminta.

Malah, dia turut dilihat mahu membaling kerusi dan mengugut untuk menumbuk muka ibunya kerana tidak endah dengan permintaannya.

Wanita tersebut didengar berkata dia tiada wang seperti yang diminta remaja terbabit.

"Tak ada, orang nak bawa pergi kerja, nanti kita tak ada duit abang long," rayu wanita itu.

Tindakan remaja terbabit dikecam netizen.

Turut kedengaran suara seorang lagi wanita yang dipercayai nenek remaja tersebut yang memintanya supaya menghentikan perbuatan kurang ajar itu.

Insiden itu dipercayai berlaku di sebuah pangsapuri Taman Bukit Teratai, Ampang kira-kira pukul 9 pagi Selasa.

Perbuatan biadap itu turut dikecam netizen yang bertindak berkongsi video tersebut di laman Facebook supaya remaja terbabit dapat dikesan untuk tindakan susulan.

@Rahimah Ali Ahmad berkata:"Makin ramai si Tanggang zaman sekarang ni."

@Han Too berkata:"Kurang ajar. Sehari RM10 belanja sekolah? Apa barang lu makan kat sekolah ne. Untung la lu, wa sekolah dulu sehari RM2 je. Lu memang tak tau nak bersyukur la.

@Zaidah Mohd Sari berkata:"Tak cium syurga dik buat mak macam tu. Masih boleh berubah dan bertaubat sebelum terlambat."

Video tersebut ditonton sebanyak 347,000 kali dan dikongsi hampir 14,000 kali di Facebook.

pukul

Artikel Sebelum

Maki Anggota DBKL: Pemandu GrabCar Ditahan

Artikel Berikut

Penunggang Lawan Arus Maut Langgar Kereta

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain