suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Suspek Militan Didakwa

KAJANG: Empat buruh binaan yang ditahan pada ambang Hari Kebangsaan didakwa di Mahkamah Sesyen kerana mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Abu Sayyaf.

Hajar Abdul Mubin, 25, didakwa menjadi anggota Abu Sayyaf sejak 2010 dan didakwa mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan pada Isnin.

Hajar didakwa bersama Ahmad Omar, 52, Jaffar Ahmad, 26 dan warga Filipina, Abdul Syamir Dabilin, 25 dengan tuduhan mengikut Seksyen 130M kerana cubaan melancarkan serangan.

Hajar yang dikenali sebagai Abu Asrie dipercayai menjadi ahli kumpulan penculik berpangkalan di Jolo, Lucky 9 yang mempunyai kaitan dengan Abu Sayyaf.

Menurut kertas pertuduhan, semua empat tertuduh yang ditahan pada 30 Ogos lalu tinggal di rumah pangsa Taman Desa Baiduri di Cheras.

Keempat-empat tertuduh yang tidak diwakili peguam mengesahkan mereka faham intipati kertas tuduhan yang dibacakan dalam bahasa Melayu.

Kesalahan jenayah mengikut Seksyen 130KA boleh dihukum penjara seumur hidup dan denda, manakala kesalahan mengikut 130M boleh dijatuhi hukuman maksimum tujuh tahun penjara, denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Noorhafizan Zakaria memohon supaya tiada ikat jamin dibenarkan terhadap tertuduh kerana ditahan mengikut Akta Sosma 2012.

Hakim Surita Budin menetapkan 16 Oktober untuk sebutan kes itu sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.


Abu Sayyaf, Hajar

Artikel Sebelum

'Pasar' Lelong Depan Rumah

Artikel Berikut

Artikel Lain