suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Bawa Menteri Sarawak Tergelincir

Semua enam penumpang dan juruterbang pesawat berjaya keluar dari pesawat dengan selamat.

KUCHING: Sebuah pesawat milik Hornbill Skyways Sdn Bhd tergelincir dari landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) petang Ahad.

Difahamkan pesawat tersebut membawa Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah bersama lima penumpang lain.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 6.09 petang sebelum anggota dari Balai Bomba Batu Lintang dikerahkan membantu Bomba Lapangan Terbang (AFRS).

"Pesawat Beechcraft itu dalam perjalanan dari Mukah ke Kuching yang ketika mendarat pesawat tersebut tergelincir dari landasan," katanya dalam satu kenyataan.

Jurucakap itu berkata semua enam  penumpang dan juruterbang pesawat berjaya keluar dari pesawat dengan selamat. - Bernama

kapal terbang tergelincir

Artikel Sebelum

Mahadzir Lokman Kritikal Di PPUM

Artikel Berikut

Artikel Lain