suria

Agong Berangkat Melawat Pusat Tahfiz

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan melawat lokasi tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang meragut nyawa 21 pelajar dan dua warden di Jalan Keramat Hujung awal pagi Khamis, malam Jumaat. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V malam Jumaat berkenan melawat pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini yang terbakar awal pagi Khamis.

Seri Paduka tiba di lokasi kejadian kira-kira 10.20 malam diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Baginda meluangkan masa hampir sejam meninjau lokasi kejadian selain bertemu pihak pengurusan pusat tahfiz berkenaan bagi menzahirkan rasa simpati berikutan tragedi malang itu.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang merupakan warden terkorban dalam kebakaran yang berlaku pada 5.15 pagi itu.

Jenazah 22 mangsa dikebumikan di beberapa lokasi tanah perkuburan di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak manakala satu lagi jenazah dijangka dikebumikan di Kelantan pagi Sabtu. -Bernama

Sultan Muhammad V, pusat tahfiz

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain