Jangan Beri Kenyataan Media Berhubung Kes Disiasat - SPRM - Semasa | mStar

Jangan Beri Kenyataan Media Berhubung Kes Disiasat - SPRM

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis memberi amaran untuk mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat dalam siasatan SPRM yang membuat kenyataan media berkaitan kes siasatan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata kini menjadi "trend” individu yang terlibat dalam siasatan SPRM menemui pihak media untuk menceritakan fakta kes berkenaan.

Bercakap kepada pemberita selepas upacara menaikkan bendera SPRM di bangunan baharu SPRM di Presint 7 di sini Khamis, beliau berkata komen berkaitan fakta siasatan boleh dirumuskan sebagai mengganggu siasatan.

"SPRM tidak mahu perbicaraan oleh pihak media. Kalau ada keterangan datang ke SPRM atau sabarlah. Dia sendiri pun tidak tahu sama ada dia masuk dalam senarai saksi atau mungkin suspek. Yang tidak sabar sangat hendak bagi keterangan di media itu kenapa?,” katanya.

Katanya, mereka yang membuat kenyataan kepada media melakukan kesalahan di bawah Seksyen 48(h) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan mana-mana orang yang mengganggu, menakutkan, mengancam atau melarikan atau cuba untuk mengganggu, mengancam atau melarikan mana-mana orang yang terlibat dalam penyiasatan, yang boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Dzulkifli turut memberi amaran supaya mereka tidak mencemuh atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang berbaur hasutan mahupun menjatuhkan imej dan nama baik SPRM.

"SPRM tidak akan berdiam diri dan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, menjatuhkan imej SPRM, mengaitkan apa-apa tindakan SPRM serta mempersoalkan tindakan SPRM  kerana ia boleh ditafsir sebagai fitnah," katanya.

Beliau menegaskan SPRM menjalankan operasi tanpa apa-apa kepentingan melainkan memelihara negara daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Mengenai operasi SPRM di bangunan baharu, Dzulkifli berkata SPRM akan beroperasi sepenuhnya di bangunan baharu menjelang 1 September ini dan pada masa ini masih dalam proses berpindah. - BERNAMA

SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

“Kulit Durian Tak Salah”

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain