Tren Kargo Tergelincir, Komuter, ETS Terganggu - Semasa | mStar

Tren Kargo Tergelincir, Komuter, ETS Terganggu

KUALA LUMPUR: Semua perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter akan mengalami gangguan waktu perjalanan antara 20 hingga 30 minit dari jadual asal disebabkan insiden kegelinciran tren kargo yang berlaku di KM386.800, antara laluan Stesen Kuala Lumpur dan Stesen Bank Negara, pada 4.30 pagi Sabtu.

Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) pula akan mengalami gangguan perjalanan antara 15 hingga 20 minit.

KTM Berhad dalam kenyataan berkata pihaknya sedang giat menjalankan kerja-kerja baik pulih dan menjangkakan perkhidmatan tren akan beroperasi seperti biasa pada 4 petang Sabtu.

"Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Sebarang perkembangan terkini berkaitan perkhidmatan tren akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di talian 03-2267 1200 atau layari laman web www.ktmb.com.my serta Facebook KTM Berhad dan Twitter @ktm_berhad. - Bernama

ETS , Komuter , KTMB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Polis Maut Ditembak Di Kedah

Artikel Berkaitan