Maut Kereta Terjunam 13 Meter - Semasa | mStar

Maut Kereta Terjunam 13 Meter

GENTING HIGHLANDS: Dua maut, masing-masing seorang peniaga dan pelancong China selepas kereta yang dinaiki terjunam dari tingkat dua bangunan di Genting Highlands Resort, di sini awal pagi Khamis.

Ketua Polis Bentong, Superintenden Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, pihaknya telah menerima panggilan pada jam 5.30 pagi dari Balai Polis Genting Highlands mengatakan berlaku  kemalangan melibatkan dua mangsa yang memandu Perodua Axia.

Menurutnya, hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati kereta dipandu V. Palanisamy, 50 dan penumpangnya, Ming Sanmao, 43, yang juga pelancong dari China pada jam 4.15 pagi hendak turun dari parkir bertingkat resort tersebut.

"Setibanya di tempat kejadian di parking aras B1A di kawasan membelok ke kanan dipercayai pemandu hilang kawalan lalu terus terlanggar besi penghadang dan terjunam ke taman mini Genting Highlands Resort dalam keadaan kenderannya keempat-empat tayar ke atas serta jarak terjatuh lebih kurang 13 meter," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini, Khamis.

Mohamad Mansor berkata, dalam kemalangan tersebut pemandu dan penumpangnya maut di tempat kejadian dan disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Klinik Genting Highlands.

Menurutnya, kemalangan tersebut berlaku dipercayai daripada kecuaian pemandu yang gagal mengawal kenderaan menyebabkan terbabas dan jatuh terjunam ke bawah.

"Kes disiasat di bawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan masih diteruskan," katanya,

Sementara itu, Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Arshad Abdullah berkata, pihaknya telah menerima panggilan pada pukul 4.32 pagi dan seramai 13 anggota dan sembilan jentera terlibat dalam operasi ini.

"Setibanya di lokasi, pihaknya mendapati sebuah kereta telah terjatuh dan mangsa kemalangan telah dikeluarkan oleh orang awam dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan kami berjaya menamatkan operasi pada jam 5.12 pagi tadi," katanya.

Axia , Genting Highlands

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain