suria

Whatsapp Saja Pada JPJ

Pengguna jalan raya boleh menghantar aduan mengenai kesalahan pengguna lain kepada JPJ menerusi Whastsapp. - Gambar hiasan/The Hill

TAPAH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melancarkan nombor telefon yang dikhaskan untuk orang awam membuat aduan menerusi aplikasi Whatsapp.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Nadzri Siron berkata, pengguna jalan raya boleh menghantar aduan mengenai pengguna lain ke talian 011-5111 5252.

"Hantar gambar dan maklumat mengenai pengguna tersebut," katanya kepada pemberita di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah selepas memeriksa aliran trafik Leburaya Utara Selatan melalui udara pada Jumaat.

"Kami juga meminta penumpang bas untuk melaporkan syarikat bas yang tidak mempunyai pemandu kedua bagi perjalanan melebihi empat jam.

"Secara alternatif, mereka boleh menghantar emel ke [email protected]," katanya.

Kata Nadzri, strategi penguatkuasaan terbaru itu akan diguna pakai sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri 2017 sehingga 2 Julai ini.

Strategi itu dibuat bagi meningkatkan kesedaran pesalah jalan raya bahawa mereka boleh ditahan atas kesalahan yang dilakukan.

"Kita mahu pengguna jalan raya untuk menjadi lebih beradab dan mematuhi undang-undang.

"Jika berkesan, JPJ akan kekalkan saluran aduan melalu Whatsapp ini," katanya yang mendedahkan JPJ telah menerima 22 aduan setakat Khamis.

JPJ

Artikel Sebelum

Artikel Lain