suria

Tempoh Reman 32 Pelajar UPNM Dilanjut

PETALING JAYA: Tempoh reman 32 pelajar Universiti Pertahanan Negara Malaysia (UPNM) yang terlibat atas kematian kadet laut Zulfarhan Osman Zulkarnain (gambar) disambung sehingga Rabu depan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat berkata, tempoh reman disambung bagi menjalankan siasatan lanjut kes berkenaan.

Beliau berkata, empat pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Zulfarhan Osman yang berusia 21 tahun merupakan pelajar tahun akhir, meninggal dunia pada 1 Jun selepas beberapa pelajar UPNM lain membelasahnya disebabkan kehilangan sebuah komputer riba.

Zulfarhan Osman, UPNM

Artikel Sebelum

Lydiawati Didenda RM4,000

Artikel Berikut

Artikel Lain