Seorang Lagi Rakyat Malaysia Terbunuh Di Marawi - Semasa | mStar

Seorang Lagi Rakyat Malaysia Terbunuh Di Marawi

SEREMBAN: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) pada Selasa mengesahkan seorang lagi rakyat Malaysia terbunuh dalam pertempuran di bandar Marawi, Mindanao, Filipina, menjadikan jumlah keseluruhan tiga rakyat Malaysia yang terbunuh.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata identiti warga Malaysia yang ketiga masih dalam siasatan.

"Saya mengesahkan kenyataan yang dibuat oleh Panglima Angkatan Tentera Filipina. Kita akan mendapatkan perincian orang yang ketiga ini," katanya kepada pemberita pada Program Penerapan Nilai-nilai Murni warga Kementerian Dalan Negeri (KDN) peringkat negeri, di sini pada Selasa.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Pihak berkuasa Filipina, sebelum ini mengesahkan rakyat Malaysia yang terbunuh dikenal pasti sebagai Kamsa Yahya dari Kedah dan Abdurahman Asmawi dari Kelantan.

Ketiga-tiga mereka terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Filipina di Bandar Marawi, minggu lepas.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata berlaku asimilasi dalam kalangan 200,000 penduduk bandar Marawi, berikutan terdapat pengganas menggunakan bandar itu sebagai pangkalan untuk membentuk kerajaan yang dipanggil The Caliph Islamic Government atau Kerajaan Khalifah Pemerintahan Islam.

"Usaha untuk mewujudkan satu daulah Islamiyah atau kerajaan Islam dalam bentuk tidak Islamik ini hendaklah ditolak oleh rakyat di rantau Asean, apatah lagi mereka yang beragama Islam," katanya.

Beliau berkata difahamkan tidak kurang daripada 400 orang pengganas dari dalam dan luar negara itu berada di bandar Marawi.

"Saya sekali lagi mengingatkan jika ia tidak dibendung, keganasan akan berlaku di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

"Oleh sebab itu saya ingin mengingatkan diri saya dan semua kepimpinan di negara, negeri dan di semua kawasan hendaklah lebih berjaga-jaga dan berhati-hati," katanya.

Ahmad Zahid turut menzahirkan kekhuatiran berlakunya kehadiran mereka (pengganas) di negara ini susulan usaha pemburuan dilakukan pihak berkuasa di bandar Marawi yang mungkin menyebabkan mereka menyeberang terutama ke Sabah atau di kawasan-kawasan lain di negara ini.

"Kalau kita tidak berjaga-jaga, kita tidak terlepas daripada perbuatan mereka itu.

"Oleh sebab itu kesiap-siagaan ini bukan hanya sekadar Polis Diraja Malaysia dan unit khas anti keganasan, malah saya ingin mengingatkan semua agensi penguatkuasaan malah orang ramai harus laporkan segera jika terdapat individu atau sekumpulan orang disyaki, terus laporkan kepada pihak polis supaya tindakan segera boleh dilakukan," katanya. - Bernama

Marawi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tetak Orang Hidup-Hidup

Artikel Berkaitan

Penduduk Marawi Rayu Bantuan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain