SPRM: Dua KPD Antara 10 Bebas - Semasa | mStar

SPRM: Dua KPD Antara 10 Bebas

PUTRAJAYA: Sepuluh individu termasuk tujuh anggota polis yang direman bagi membantu siasatan kes rasuah berhubung kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di sekitar Melaka dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Anggota polis berkenaan termasuk dua ketua polis daerah yang bertugas di Melaka masing-masing dibebaskan dengan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin dalam prosiding reman di Mahkamah Majistret di sini, Jumaat.

Pada Sabtu, di mahkamah yang sama, Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan tiga suspek yang merupakan orang awam dibebaskan dengan jaminan masing-masing sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Kesemua individu yang berumur antara 31 hingga 54 tahun disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Sehingga kini, 13 individu termasuk sembilan pegawai dan anggota polis di Melaka ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Bagaimanapun, tiga lagi suspek, iaitu dua pegawai polis berpangkat Deputi Superintenden (DSP) dan Asisten Superintenden (ASP) serta seorang pemandu van yang menjadi orang tengah mengutip wang perlindungan masih ditahan reman.

Pegawai polis berpangkat DSP dari daerah Melaka Tengah direman tujuh hari sehingga 29 Mei ini, pemandu van sehingga 30 Mei manakala pegawai polis berpangkat ASP ditahan reman selama tujuh hari sehingga 31 Mei bagi membantu siasatan.  -- Bernama


SPRM , Melaka , DSP

Artikel Berikut

Doktor 'Cun', Mat Motor Kini Berkawan

Artikel Berkaitan

Kes FGV: SPRM Panggil Saksi

Lapan Jam 'Geledah' Pejabat FGV

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain