suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Imigresen Akui 23 April Dicop 32

PETALING JAYA: Pegawai Imigresen mengakui tersalah tarikh semasa mengecop pasport dipercayai milik seorang warga Singapura yang menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut Jabatan Imigresen dalam satu kenyataan, pegawai berkenaan tersilap meletakkan tarikh ‘32’ semasa memilih tarikh 23 April 2017.

“Pembetulan mengenai kesilapan tarikh pada cop itu sebenarnya telah dilakukan dengan menulis angka sebenar yang bertarikh ‘23’.

“Dia mengakui kesilapannya dan telah melakukan ‘initial’ di bahagian atas (cop) untuk membuat pembetulan tarikh tersebut,” katanya.

Menurut Jabatan Imigresen, cop keselamatan tersebut tidak boleh dipinda atau diturunkan sebarang catatan tanpa kebenaran.

“Jika terdapat sebarang pindaan, pegawai imigresen boleh membuat sebarang catatan dalam pasport,” katanya.

Baru-baru ini tular mengenai pasport yang tersilap tarikh pada cop kemasukan semasa warga Singapura itu memasuki negara ini.

Menurut butiran cop pasport tersebut, tarikh kemasukan ke negara ini dipercayai melalui Johor Bahru pada 23 April 2017 telah tersilap tanda sebagai 32 April 2017.

Pemilik pasport itu keluar dari Malaysia pada hari yang sama.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain