suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amanah Jadi 'Spoil' Tumbangkan BN - Tuan Ibrahim

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

ALOR SETAR: PAS menegaskan pihaknya tidak akan menjalinkan kerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) terutamanya di Selangor.

Sebaliknya, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan kedua-dua parti itu akan mencetuskan polemik politik yang merugikan kepada agenda pembangkang.

Malah beliau menyifatkan kewujudan Amanah sebagai mengganggu usaha PAS dan pembangkang memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dalam PRU14.

"Amanah mengganggu semua (parti) dan akan jadi 'spoil' (jejaskan) usaha untuk menumbangkan kerajaaan BN.

"DAP juga tidak perlu jadi juara dalam isu RUU355 kerana ia akan mencetuskan polemik politik yang merugikan kerana pengundi Melayu akan menilai adakah parti itu diharapkan untuk memimpin negara," kata Tuan Ibrahim.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas ke-58 di sini, Khamis.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim mengingatkan bahawa usaha pembangkang untuk menumbangkan BN tidak akan berjaya jika pertembungan tiga penjuru masih berlaku.

Jelas beliau, kumpulan pembangkang perlu memastikan mereka tidak mengganggu kerusi yang dipertandingkan oleh PAS terutamanya di kubu kuat parti itu.

Namun jika situasi  itu masih berlaku, beliau menyatakan kesediaan PAS bertanding menentang parti pembangkang lain terutamanya DAP dan Amanah.

"Kita lawan (DAP dan Amanah) kerana kita mempunyai hasrat yang lebih besar untuk membawa perubahan," tegas beliau.

Muktamar PAS, Tuan Ibrahim

Artikel Berikut

Artikel Lain