suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sekolah Terlibat Geng 24 Dikenal Pasti - Khalid

KUANTAN: Polis telah mengenal pasti beberapa sekolah di negara ini di mana pelajarnya terlibat dalam kegiatan Geng 24.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya juga memantau kegiatan di sekolah di mana pelajarnya juga terlibat dalam aktiviti samseng.

"Kami juga menggalakkan sekolah, guru dan ibu bapa untuk tampil memaklumkan maklumat berkaitan kegiatan samseng.

"Tak semestinya kami menahan mereka tetapi kami ada cara untuk membantu mereka. Jika maklumat yang ada dirahsiakan, ia boleh memberi kesan kepada masa depan mereka," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penyerahan tugas Ketua Polis Pahang yang baharu, Datuk Rosli Ab Rahman.

Khalid, Geng 24

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain