suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pecah Amanah: Pegawai Kanan Yapeim Direman

PUTRAJAYA: Pengarah kanan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) ditahan reman lima hari berhubung kesalahan pecah amanah.

Perintah reman bermula Rabu dikeluarkan Majistret Nik Isfahani Tasnim Wan Abdul Rahman.

Kes melibatkan lelaki berusia 47 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Lelaki berkenaan dibawa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Istana Kehakiman di sini pada kira-kira pukul 9.30 pagi.

Dia ditahan di pejabat SPRM Putrajaya kira-kira jam 5 petang, selepas dipanggil memberi keterangan pada Selasa.


  
Yapeim, SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain