suria

Tangan Kanan Pelajar Akhirnya Dipotong

JOHOR BAHRU: Pelajar berusia 11 tahun yang kakinya telah dipotong kerana didakwa didera di sebuah sekolah agama di Kota Tinggi kini kehilangan tangan kanannya.

Ibu saudara mangsa, Dzuraidah Ahmad, 38, mengesahkan pelajar itu memasuki bilik pembedahan Hospital Sultan Ismail kira-kira pukul 8 pagi Rabu.

Dzuraidah berkata keputusan untuk memotong tangan kanan Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi dibuat selepas tiada perubahan pada keadaan anggota badannya itu.

Sebelum ini, tangan kanan dan jarinya bertukar warna kehitaman disebabkan jangkitan kuman pada tisu dan sel darah.

"Doktor beritahu kami bahawa perkara paling penting adalah menyelamatkan nyawa pelajar itu dan kami percaya mereka sudah melakukan yang terbaik untuk mengelak tangannya daripada dipotong sebelum ini.

"Kami mahu mencegah jangkitan daripada merebak ke seluruh badan dan menimbulkan lebih banyak masalah," katanya ketika dihubungi.

Pelajar tersebut kini bukan sahaja telah kehilangan kaki tetapi tangan kanannya dipercayai didera pembantu warden di sekolah tersebut.

Suspek berusia 29 tahun didakwa memukul mangsa menggunakan paip air.

Pembantu warden itu direman sehingga Rabu bagi membantu siasatan kes pukul pelajar dan disahkan memiliki satu rekod jenayah lampau.

sekolah agama, dera, paip air

Artikel Sebelum

Uber Hargai Komitmen Ojie

Artikel Berikut

Artikel Lain