suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Terselamat BMW Terbakar

Keadaan kereta BMW yang dinaiki empat lelaki rosak teruk.

KUALA LUMPUR: Empat lelaki tempatan terselamat selepas kereta jenis BMW yang dinaiki terbabas sebelum terbakar di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke Jalan Istana berhampiran ibu pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia, di sini malam Selasa.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sentul Othman Abu Bakar berkata kejadian kira-kira 9 malam itu dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu mereka hilang kawalan ketika melalui lokasi kejadian sebelum melanggar tiang lampu.

"Kesemua mangsa mengalami kecederaan ringan dan sempat keluar daripada kenderaan itu yang terbakar 100 peratus," katanya.

Othman berkata dua jentera dari Balai Bomba Sentul dan Sri Hartamas dengan kekuatan 13 anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 9.32 malam.

"Api dapat dikawal pada 9.48 malam dan padam sepenuhnya tujuh minit kemudian," katanya. - BERNAMA

BMW, kebakaran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain