suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pembedahan Tangan Mohamad Thaqif Ditangguh

JOHOR BAHRU: Pembedahan tangan kanan Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11, yang dijadual dilakukan pagi Rabu telah ditangguhkan.

Ibu saudaranya Dzuraidah Ahmad berkata ia ditangguhkan berikutan keadaan jantung pelajar thafiz itu dilapor berada dalam keadaan tidak stabil.

"Mohamad Thaqif Amin sepatutnya dijadual menjalani pembedahan memotong tangannya dari bahagian jari hingga bawah siku pada 8 pagi ini.

"Bagaimanapun pembedahan kini ditangguhkan sehingga jantungnya kembali stabil," katanya.

Mohamad Thaqif Amin pada mulanya dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail di sini Rabu lepas susulan dia dilapor dipukul oleh pembantu warden asrama sekolahnya.

Kedua belah kakinya sebelum ini turut dipotong bagi mengelak jangkitan kuman pada bahagian lain tubuhnya.-- Bernama 


Thaqif, Kota Tinggi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain