Tiada Kenaikan Caj Visa Ke India - Najib - Semasa | mStar

Tiada Kenaikan Caj Visa Ke India - Najib

Najib dibantu isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, memotong kek pada jamuan sempena Forum Ketua Pegawai Eksekutif India Malaysia (MICEOF) pada Isnin. Turut hadir Pengerusi Bersama MICEOF Malaysia, Tan Sri Krishnan Tan (dua dari kanan).

NEW DELHI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menafikan laporan bahawa kadar bayaran visa telah meningkat dari RM180 kepada RM456 untuk rakyat Malaysia melawat ke India.

"Tidak ada kenaikan caj untuk visa selama enam bulan. Malah, India sedang mewujudkan kategori baharu iaitu visa selama satu tahun," katanya pada majlis resepsi untuk pegawai kerajaan dan ahli perniagaan Malaysia yang mengiringi beliau pada lawatan rasminya ke India di sini, Isnin malam.

Beliau juga berkata Malaysia tidak memperkenalkan skim baharu visa untuk pelancong dari India dengan mengekalkan visa ketibaan percuma jika pelancong dari negara itu tinggal di Malaysia sehingga 15 hari.

Rakyat Malaysia meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan negara itu selepas gambar 'screenshot' memaparkan struktur kadar baharu caj visa berkuat kuasa 1 April lepas yang kononnya dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur telah ditularkan.

Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, T.S. Tirumurti juga menafikan kenaikan kadar bayaran visa, sambil menjelaskan bahawa kontroversi itu disebabkan oleh kekeliruan awal terhadap jenis visa.

"Caj bayaran visa selama enam bulan untuk pelancong Malaysia dan bayaran untuk jenis visa lain akan kekal. Kami sebenarnya akan memperkenalkan visa untuk tempoh selama satu tahun," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya, visa selama setahun itu akan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia melawat berulang kali manakala permohonan visa dalam talian juga akan memudahkan pelawat berkunjung ke negara itu.

Malah, rakyat Malaysia berketurunan India juga digalak memohon Kad  Kewarganegaraan Luar Negara India (OCI), yang membolehkan pemegang kad tersebut membuat kunjungan tanpa terhad dan tinggal di India, katanya.

"Kami akan terus melakukan inovasi bagi memudahkan rakyat Malaysia melawat India. Permohonan visa dalam talian akan diluluskan dalam tempoh dua hari sebaik bayaran dalam talian dilakukan dan visa dikeluarkan semasa ketibaan," katanya.

Pada tahun 2015, sejumlah 722,141 pelancong India datang ke Malaysia berbanding 272,941 pelancong Malaysia melawat ke negara itu.-- Bernama




Najib , India , visa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia