suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Masih Ada Umat Islam Ingkar Fatwa Haram Merokok Dalam Kawasan Masjid

KANGAR: Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan rokok adalah haram namun masih ada umat Islam merokok dalam kawasan masjid.

Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang kesal dengan perbuatan itu, menasihatkan umat Islam supaya menghentikan tabiat buruk itu selain merokok memberi kesan buruk terhadap kesihatan.

"Mereka bukan sahaja membuang puntung rokok merata-rata dan mengotorkan kawasan masjid malah tidak sedar benda yang diputuskan haram tidak boleh dibawa ke dalam masjid," katanya dalam ceramah maghrib mingguannya di Masjid Alwi di sini, Selasa malam.

Beliau berkata, kawasan ibadat seharusnya sentiasa dalam keadaan bersih dan melambangkan nilai yang diunjurkan oleh Islam dan wajib diamalkan oleh penganutnya.

Mohd Asri turut melahirkan rasa kesalnya terhadap suami yang memarahi isteri mereka hanya kerana dinasihatkan berhenti merokok.

Pada 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam mengeluarkan fatwa merokok adalah haram kerana terdapat kemudaratan.-- Bernama



rokok, masjid, fatwa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain