Penduduk Lima Taman Gesa DBKL Segera Buka Jalan - Semasa | mStar

Penduduk Lima Taman Gesa DBKL Segera Buka Jalan

Kamaruddin menunjukkan laluan susur masuk yang masih ditutup dari Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

GOMBAK: Penangguhan pembukaan laluan susur masuk ke lima taman perumahan utama di sini dari Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) terus membelenggu penduduk setempat, khususnya pada waktu puncak.

Laluan itu sepatutnya dapat memberi manfaat kepada penghuni Taman Karak Utama, Taman Koperasi Polis Fasa I dan II, Taman Melewar, Taman Router dan Taman Changkat Desa.

Penduduk mendakwa masalah kesesakan yang dihadapi lebih 10,000 penghuni di kawasan itu bagaikan tidak berpenghujung apabila laluan yang siap dibina sejak awal Januari lalu dibiarkan begitu sahaja.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Antara Taman, Datuk Kamaruddin Hamzah, alasan yang diberikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku pemilik projek itu ternyata mengecewakan.

"Kami telah mengajukan pertanyaan kepada DBKL namun mereka memberikan alasan terpaksa menunggu waktu yang sesuai untuk diadakan majlis perasmian pembukaan sebelum boleh digunakan.

Takungan air dikhuatiri akan merosakkan struktur jalan.

"Mengapa masih ada birokrasi? Jalan ini sudah lama siap, sepatutnya DBKL buka dan benarkan penduduk untuk guna. Keperluan rakyat dan penduduk setempat seharusnya diutamakan," katanya di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika membuat tinjauan bersama wakil penduduk setempat di laluan susur masuk berkenaan yang terletak dengan Balai Bomba dan Penyelamat Gombak Selatan.

Selain itu Kamaruddin yang juga bekas ketua polis Selangor berkata, penduduk di kawasan itu berterima kasih kepada pihak kerajaan di atas pembinaan laluan berkenaan, namun berharap kemudahan itu dapat dimanfaatkan segera.

"Kita takut akan timbul masalah lain seperti jalan rosak dan sebagainya jika ia terus dibiarkan. Tambahan pula pada musim hujan, air akan bertakung di beberapa bahagian jalan.

"Jadi tak mustahil struktur jalan akan rosak kerana ia tidak dilalui kenderaan," katanya.

Tinjauan penduduk sekitar bersama media di laluan susur masuk ke lima taman utama di kawasan itu.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Koperasi Polis, Muhd Ubaidullah Semsudin berkata, penduduk terpaksa membuat pusingan lebih dua kilometer dari pusat bandar setiap hari bagi memasuki kawasan perumahan mereka.

"Penduduk terpaksa mengharungi kesesakan lebih 30 minit setiap hari khususnya pada waktu puncak untuk masuk ke sini.

"Kami gesa supaya laluan ini dibuka dengan segera. Kalau perlu dirasmikan juga, pihak DBKL boleh lakukannya kemudian," katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohamed Salleh berkata dia bimbang sekiranya penduduk mengambil tindakan drastik dengan mengalihkan batu penghadang tanpa kebenaran pihak berkuasa.

"Sekarang pun sudah ada orang yang mengalihkan sedikit penghadang bagi memudahkan laluan motosikal.

"Kami tak mahu penduduk ambil tindakan sendiri. Lebih baik benarkan kami gunakannya untuk kepentingan rakyat," katanya yang menetap di Taman Changkat Desa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.