Kes Bunuh Jong-nam Perlu Diselesaikan Secara Diplomatik - Semasa | mStar

Kes Bunuh Jong-nam Perlu Diselesaikan Secara Diplomatik

Hishammuddin menyampaikan Anugerah Keseluruhan Terbaik kepada Perajurit Muda Muhammad Amirul Zaki Zawawi sempena Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Siri 181-2/16 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) pada Sabtu. Foto: Bernama

PORT DICKSON: Kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, perlu diselesaikan secara diplomatik, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Kenyataan yang dibuat Duta Besar Korea Utara (Kang Chol) memang biadap. Mungkin terpaksa (berbuat demikian) kerana takut tindak balas kepimpinan Korea Utara. Sebab itu, ayat-ayat mereka gunakan cukup tidak diplomatik. "...saluran diplomasi mesti diteruskan (dalam menyelesaikan isu ini)," katanya kepada pemberita selepas Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Siri181-2/16 di sini, Sabtu.

Hishammuddin juga berkata beliau yakin dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan kes itu. 

"Saya sebagai Naib Presiden Umno bersama-sama kepimpinan Barisan Nasional, kita tahu jenayah ini berlaku di bumi kita, kita ada proses perundangan kita dan saya yakin PDRM mampu buat siasatan," katanya.

Sebelum ini, Kang Chol mendakwa kononnya Malaysia cuba menyembunyikan sesuatu dan bersekongkol dengan 'kuasa-kuasa seterunya' dalam penyiasatan kes berkenaan dan kerajaan Malaysia menolak dakwaan tidak berasas duta itu.

Pada 13 Februari lepas, Jong-nam yang sedang menanti penerbangan ke Macau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) telah dihampiri dua wanita yang didakwa menyapu mukanya dengan tangan mereka yang dipercayai disembur bahan beracun.

Jong-nam, yang memasuki negara ini dengan menggunakan passport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya pada hari yang sama.

Di KOTA BHARU, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk SeriMustapa Mohamed berkata rakyat Malaysia perlu menyokong penuh sebarang tindakan kerajaan terhadap hubungan diplomatik dengan Korea Utara.

Beliau berkata ini berikutan tindakan Kang Chol yang terus mengkritik kerajaan Malaysia dan siasatan pembunuhan Jong-nam.   

"Kita rasa terhina apabila mendengar komen duta yang mempertikaikan kewibawaan negara kita, mempertikaikan institusi kita seperti polis, doktor dan negara kita. Ini mencampuri urusan negara kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen BN Kelantan pada Sabtu.    

Mustapa berkata sebagai duta asing, Kang Chol tidak wajar melemparkan pelbagai tuduhan kepada Malaysia dan perbuatan itu menghina rakyat negara ini.   

"Kita ada institusi yang cukup berwibawa, mereka ini adalah golongan profesional," katanya sambil memberitahu hubungan perdagangan di antara Malaysia dan Korea Utara dijalankan seperti biasa. -Bernama

Artikel Sebelum

Jasad Wanita Maut Ditembak Dikremasi

Artikel Berikut

SPRM Tahan Tiga Lagi Anggota Tentera

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain