suria

Mayat Remaja Perempuan Disambar Buaya Ditemui

Gambar hiasan.

MIRI: Mayat seorang remaja perempuan yang disambar buaya ketika sedang mandi semalam di sungai berdekatan Rumah Panjang Japang, Sungai Tapang Peking Baram, Marudi, dijumpai pada 11.10 pagi Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marudi Zulbada Alior berkata pasukan mencari dan menyelamat menjumpai mayat Agnes Luang, 17, dua kilometer dari tempat kejadian.

"Ketika ditemukan, mayat mangsa berada dalam keadaan terapung dan masih sempurna, cuma terdapat kesan gigitan," katanya.

Dalam kejadian pada 6.30 petang Selasa, mangsa yang sedang menunggu keputusan SPM itu sedang mandi bersama ibunya apabila dia tiba-tiba disambar seekor buaya. - BERNAMA

mayat, buaya

Artikel Lain