suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Vietnam Siasat Pasport Suspek Kes Pembunuhan Jong-nam

HANOI: Vietnam sedang menyiasat maklumat berkaitan seorang wanita menggunakan pasport negara itu yang ditangkap polis Malaysia berhubung pembunuhan rakyat Korea Utara, Kim Jong-nam di Malaysia pada 13 Februari, lapor Vietnam News Agency (VNA).

VNA memetik Jabatan Konsular Kementerian Luar sebagai berkata pada Isnin bahawa sebaik sahaja mendapat maklumat tentang kes itu, kementerian tersebut mengarahkan Kedutaan Vietnam di Malaysia "supaya bekerjasama dengan pihak tempatan berkenaan bagi membuat pengesahan tentang maklumat itu".

Seorang wanita menggunakan pasport Vietnam dengan nama Doan Thi Huong ditangkap di Malaysia susulan pembunuhan Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) di Sepang, Malaysia. 

VNA melaporkan bahawa agensi berkenaan di Vietnam juga sedang menyiasat kes itu secara rapi.

Katanya, Kedutaan Vietnam di Malaysia juga memantau kes itu secara rapi.

Polis Malaysia juga menahan seorang wanita, Siti Aishah, yang mengggunakan pasport Indonesia; seorang lelaki Malaysia dan seorang lelaki Korea Utara.

Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 8 pagi 13 Februari untuk menunggu penerbangan ke Macau, yang dijadualkan sejam kemudian apabila seorang wanita secara tiba-tiba menekup mukanya dengan kain yang dipercayai mengandungi racun.

Lelaki itu kemudian meminta bantuan di kaunter khidmat pelanggan klia2 dan dihantar ke hospital, tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Jong-nam ke Malaysia pada 6 Februari menggunakan pasport dengan nama Kim Chol. - BERNAMA

Kim Jong-nam, Vietnam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain