suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hina PM, Islam: Laporan Polis Dibuat

LABUAN: Majlis Belia Labuan membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook kerana menyiarkan fitnah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan menghina masyarakat Islam.

Presidennya, Basran Yunus berkata laporan itu dibuat mereka di Balai Polis Labuan, Isnin.

Beliau berkata pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama JAMES HUNT' turut didakwa membuat kenyataan yang biadap terhadap Perdana Menteri.

"Kami mahu pihak berkaitan mengambil tindakan tegas. Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia perlu menyiasaat dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Kenyataan tidak bertanggungjawab itu boleh mencetuskan keadaan tidak harmoni dan perpecahan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini," kata Basran ketika dihubungi Bernama.

Najib Razak, Islam, Hina

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain