suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu Dua Anak Ditangkap Khalwat Dengan Pemandu Bas

Gambar hiasan.

MELAKA: Seorang ibu dua anak ditangkap khalwat bersama seorang pemandu bas ekspres di sebuah bilik hotel.

Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) menahan wanita berusia 41 tahun yang masih berkahwin itu bersama pemandu bas berusia 53 tahun, dalam satu operasi, awal pagi Isnin.

Ibu yang mempunyai anak berusia lapan dan 11 tahun itu mendakwa dia berdepan masalah rumah tangga dan berkongsi kesedihan itu dengan pemandu bas berkenaan.

Bagaimanapun, Pegawai Penguatkuasaan Jaim, Noraminuddin Azis berkata, pihaknya tidak termakan dengan alasan wanita itu dan akan mendakwa pasangan terbabit kerana berkhalwat.

"Kita akan buka kertas siasatan ke atas mereka," katanya.

Noraminuddin berkata, tujuh pasangan ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh 15 pegawai Jaim.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain