suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Maut Dalam Kemalangan

GEORGE TOWN: Seorang anggota polis maut dalam kemalangan membabitkan motosikal yang dinaikinya dengan sebuah kereta di Jambatan Pulau Pinang pada Isnin.

Leftenan Koperal Hasni Hassan, 53, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kejadian pada kira-kira pukul 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, siasatan awal menunjukkan anggota polis dan pemandu kereta dalam perjalanan dari pulau menghala ke tanah besar.

"Motosikal yang ditungganginya melanggar belakang kereta dan dia meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan.

Hasni yang berkhidmat sebagai polis selama 34 tahun bertugas di Balai Polis Bayan Lepas.

Ketika kejadian, Hasni dalam perjalanan pulang ke rumah selepas waktu kerja.

Dia meninggalkan seorang balu dan tiga anak lelaki.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain