suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pasangan Suami Isteri Antara Tiga Maut Nahas Di SKVE

SHAH ALAM: Tiga orang termasuk sepasang suami isteri maut apabila sebuah kereta dan kenderaan pacuan empat roda bertembung di  Kilometer 38.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) menghala ke Pulau Indah, Isnin.

Menurut polis, kejadian yang dilaporkan berlaku pada kira-kira 7.30 pagi itu mengorbankan nyawa P. Maniveloo, 47, dan isteri S. Malathi, 42, yang menaiki kereta jenis Peugeot.

"Seorang lagi mangsa, pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Range Rover, Ang Chee Peng, 33, mati ketika dirawat di Hospital Banting," kata Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Zailan Tasir dalam kenyataan mengenai kejadian itu.

Seorang penumpang SUV itu cedera dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Banting untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kata Zailan.
SKVE, kemalangan

Artikel Sebelum

Polis Maut Dalam Kemalangan

Artikel Berikut

Artikel Lain