suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bot Karam: Tekong, Kru Ditahan

Datuk Ramli Din
KOTA KINABALU: Polis Sabah telah menahan tekong dan anak kapal bot jenis Catamaran yang karam dalam perjalanan ke Pulau Mengalum pada hari pertama Tahun Baharu Cina.

Dalam satu tweet pada Isnin, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata kedua-duanya telah ditahan di bawah Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

Tekong dan anak kapal itu adalah mangsa pertama yang diselamatkan berhampiran Pulau Tiga selepas terapung selama lebih dari 24 jam di Laut China Selatan.

Bot Catamaran itu, yang membawa 31 orang termasuk 28 pelancong warga China, karam ketika dalam perjalanan dari jeti Tanjung Aru di sini ke Pulau Mengalum kira-kira 56 km barat laut dari Kota Kinabalu pada Sabtu.

Menurut APMM, bot Catamaran itu meninggalkan jeti pada 9 pagi.

Seramai 20 pelancong China telah diselamatkan, manakala enam orang masih hilang. Tiga orang disahkan mati.
bot karam, Pulau Mengalum, tekong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain