Pengendali Dego Ride Mahu Temui Aziz Kaprawi - Semasa | mStar

Pengendali Dego Ride Mahu Temui Aziz Kaprawi

PETALING JAYA: Pengendali Dego Ride, MyInteractive Lab Sdn Bhd berhasrat untuk mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi susulan pengumuman untuk tidak membenarkan perkhidmatan teksi motosikal itu beroperasi.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu yang juga pengasas Dego Ride, Nabil Feisal Bamadhaj berkata, beliau telah ke Kementerian Pengangkutan pada petang Rabu bagi mengemukakan hasrat tersebut.

"Pegawai yang saya jumpa di kementerian minta saya buat surat permohonan rasmi untuk mengadakan pertemuan dengan timbalan menteri.

"Jadi, saya ke kementerian berkenaan pagi Khamis untuk menyerahkan surat berkenaan.

"Saya berharap diberi peluang untuk mengadakan pertemuan dengan timbalan menteri bagi mendapatkan penerangan dan penyelesaian dalam membolehkan Dego Ride beroperasi secara sah," katanya kepada mStar Online.

Selasa lalu, Ab Aziz pada sidang media menegaskan setakat ini, tiada lesen yang dikeluarkan kepada perkhidmatan mengambil penumpang menggunakan motosikal.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan terhadap teksi motosikal yang beroperasi di sekitar ibu negara di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, kata Nabil, beliau bertemu dua pegawai, masing-masing dari Kementerian Pengangkutan dan JPJ ketika ke pejabat kerajaan itu pada kira-kira pukul 4.30 petang Rabu.

Beliau turut mendapatkan penjelasan berkaitan permohonan lesen bagi membolehkan kira-kira 5,500 penunggang Dego Ride dibenarkan menjalankan perkhidmatan teksi menggunakan motosikal.

"Bagaimanapun saya dimaklumkan setakat ini Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak mempunyai prosedur dari segi pengeluaran lesen untuk perkhidmatan teksi motosikal.

"Oleh itu, pertemuan bersama timbalan menteri nanti diharap dapat membincangkan mengenai mekanisme yang terbaik bagi membolehkan Dego Ride mengemukakan permohonan untuk beroperasi," katanya.

Terdahulu, Nabil mendakwa telah mengadakan pertemuan dengan SPAD pada Disember lalu berkaitan aspek pelesenan teksi motosikal dan ia masih dalam peringkat perbincangan.

Beliau meminta kerajaan supaya meneliti semula peraturan atas dasar memberi peluang sumber pendapatan kepada golongan berpendapatan rendah dengan berkhidmat sebagai penunggang teksi motosikal.

Tambah Nabil, kerajaan juga perlu melihat relevannya perkhidmatan teksi motosikal yang lebih pantas dan menjimatkan masa terutama dalam kesesakan lalu lintas di ibu negara.

Perkhidmatan Dego Ride yang bermula November lalu boleh ditempah menerusi aplikasi WhatsApp, dengan kadar tambang dari RM2.50 untuk tiga kilometer (km) pertama, dan caj 60 sen dikenakan bagi setiap km seterusnya.

Dego Ride , Aziz Kaprawi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Netizen Kutuk Pemandu Halang Laluan Ambulans

Artikel Berkaitan

Teksi Mini Ganti Dego Ride?

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain