suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar Wanita Ditemui Mati Di Kolej Swasta

Polis berada di lokasi kejadian untuk memulakan siasatan punca kematian pelajar wanita tersebut.

SUBANG JAYA: Seorang pelajar wanita ditemui mati di sebuah kolej swasta dekat sini pagi Jumaat.

Menurut sumber polis, mayat pelajar itu ditemui pengawal keselamatan dekat tangga kecemasan di tingkat lima.

Kira-kira pukul 11 pagi, polis dilihat berada di kolej tersebut dan sedang memulakan siasatan di lokasi kejadian.

Punca kematian masih belum dapat dipastikan.

Seorang pelajar berusia 21 tahun berkata dia mengetahui mengenai kejadian itu pada pagi Jumaat.

"Saya dapat tahu pelajar wanita itu meninggal dunia pada malam Khamis," katanya.

kolej swasta, meninggal dunia

Artikel Lain