suria

Khalid Sahkan Laporan Polis Dibuat Ke Atas Bekas Pengarah Operasi Khas SPRM

Khalid Abu Bakar.

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan satu laporan polis telah dibuat terhadap bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zain yang didakwa terlibat dalam penyalahgunaan kuasa semasa perkhidmatannya.

Khalid mengesahkan pada Jumaat bahawa laporan itu dibuat beberapa kali pada tahun lalu di Kelantan.

"Kami menerima laporan polis pada tahun lalu jika tidak silap saya. Siasatan telah dijalankan dan kami menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan.

"Seperti biasa, kita perlu menyiasat kerana terdapat laporan dibuat dan apa sahaja penemuan akan diserahkan kepada Peguam Negara," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Selamat 10/2017 di Persada PLUS sempena musim perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang.

Khalid Abu Bakar, PDRM, SPRM

Artikel Lain