Semua Institusi Agama Layak Pengecualian Cukai - LHDN - Semasa | mStar

Semua Institusi Agama Layak Pengecualian Cukai - LHDN

PETALING JAYA: Semua institusi atau organisasi agama layak mendapat pengecualian cukai dengan syarat pendapatan mereka adalah daripada sumbangan dan bertujuan untuk aktiviti keagamaan.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata, pindaan terkini kepada Akta Cukai Pendapatan 1967 dalam Bajet 2017 menyatakan bagaimana pengecualian boleh digunakan.

"Pindaan kepada perenggan 13 (1) (b) Jadual 6 Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) dalam Bajet 2017 bertujuan untuk memberikan penjelasan undang-undang atas permohonan pengecualian kepada institusi atau organisasi agama.

"Sebelum pindaan ini, terdapat beberapa kekeliruan di kalangan pembayar cukai sama ada sesuatu institusi agama atau organisasi itu secara automatik layak mendapat pengecualian di bawah akta itu.

"Atau mereka dikehendaki mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah LHDN, di bawah seksyen 44 (6) Akta 53," kata badan itu dalam kenyataan pada Selasa.

LHDN menjelaskan bahawa dengan pindaan itu, ia jelas menyatakan bahawa institusi dan organisasi agama layak untuk pengecualian cukai.

"Institusi atau organisasi agama secara automatik layak untuk pengecualian ke atas pendapatan daripada sumbangan yang disumbangkan untuk tujuan aktiviti ibadah. Pengecualian itu terpakai kepada semua agama," kata LHDN.

LHDN , Pengecualian Cukai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain