suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hanya Empat Jualan Murah Dibenarkan Dalam Setahun - KPDNKK

- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Mulai 1 Januari tahun depan, peniaga hanya boleh mengadakan jualan murah sebanyak empat kali dalam setahun, mengikut tiga tarikh yang diwartakan oleh kerajaan dan satu kali mengikut pilihan peniaga, berbanding lima kali sebelum ini.

Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Mohd Roslan Mahayuddin berkata kerajaan menetapkan jualan awal tahun dari 1 hingga 30 Mac, karnival jualan mega 1Malaysia dari 15 Jun hingga 31 Ogos dan jualan akhir tahun 1Malaysia dari 1 November hingga 31 Disember tahun depan.

"Pindaan di bawah Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) 1997 ini merupakan inisiatif kerajaan agar kaedah pelaksanaan jualan murah di Malaysia lebih cekap dan efisien," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan pemeriksaan harga barangan dan jualan murah di pasaraya AEON Cheras Selatan di sini Jumaat.

Mohd Roslan berkata pindaan itu antara lain menyentuh mengenai jumlah barangan yang ditawarkan pada harga jualan murah sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kesemua jumlah barangan di premis terlibat.

"Kadar diskaun minimum pula sebanyak 10 peratus daripada harga barangan yang dibekalkan dan penetapan harga asas sebelum diberi pengurangan berdasarkan harga terendah yang pernah ditawarkan pada tiga bulan sebelumnya," katanya.

Mengenai Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Krismas pula, Mohd Roslan berkata KPDNKK telah menjalankan pemeriksaan kawalan harga ke atas 6,569 premis di seluruh negara bagi tempoh 19 hingga 22 Disember.

"Dalam tempoh tersebut, hanya satu aduan melibatkan harga ayam dilaporkan di Selangor dan pegawai kami sedang menyiasat perkara itu," katanya.

SKHMP dilaksanakan bermula 19 hingga 28 Disember melibatkan enam hari sebelum perayaan, hari perayaan dan tiga hari selepas perayaan adalah di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Artikel Lain