PKR, DAP Tidak Perlu Bertanding Di Sabah - Lajim

KOTA KINABALU: Bekas Ketua PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin meminta bekas partinya dan parti pembangkang dari Semenanjung Malaysia agar bertanding di negeri itu pada pilihan raya akan datang.

Lajim yang kini mengetuai partinya sendiri berkata, parti-parti tempatan Sabah perlu diberi peluang untuk menewaskan Barisan Nasional berdasarkan pertandingan satu lawan satu.

"Kami bimbang sekiranya parti dari semenanjung seperti PKR dan DAP bertanding di Sabah, sekali gus menyebabkan pecahan undian dalam kalangan pembangkang.

"Situasi itu akan menguntungkan Barisan Nasional," katanya selepas melancarkan parti baharu pimpinannya, Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan) di sini, Selasa.

Beliau berkata, PKR, DAP dan parti pembangkang lain perlu memberi tumpuan terhadap usaha memenangi kerusi di semenanjung dan menyerahkan kepada parti tempatan untuk 'bertarung' di Sabah.

Beliau juga menyedari tentang sokongan kuat PKR dan DAP di Sabah tetapi lebih baik parti pembangkang tempatan merampas negeri itu daripada Barisan Nasional.

"Jika PKR kuat di Penampang, kita boleh berunding dengan mereka supaya tidak meletakkan calon di sana.

"Biar kami mengambil tanggungjawab untuk memenangi kerusi tersebut dengan bantuan penyokong mereka," katanya.

Menurut Lajim, pemimpin Harapan bersama tiga lagi parti iaitu Parti Cinta Sabah (PCS), Parti Pembaharuan Negeri dan Parti Progresif Sabah masih berunding untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

"Pemimpin keempat-empat parti tersebut berharap dapat mengadakan pertemuan dengan pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan) yang diketuai oleh bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

"Kami mahu menyelesaikan beberapa isu dengan Warisan termasuk manifesto, pembahagian kerusi dan lain-lain," katanya.

Lajim Ukin, Harapan, PKR, DAP

Artikel Sebelum

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain