suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lapan Kenderaan Bertembung Di Slim River, Dua Maut

IPOH: Dua maut, enam cedera parah dan tiga cedera ringan dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan di Km371.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran susur keluar ke Slim River, di sini, Selasa.

Menurut jurucakap polis, mangsa yang maut dalam kejadian membabitkan empat buah kereta dan empat buah lori pada kira-kira 3.30 petang itu dikenal pasti Intan Maizura Aidul Badri, 34, dan Ridzuan Abdul Rajak, 33.

Mayat kedua-duanya dan kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Slim River, katanya ketika dihubungi Bernama.

"Kejadian itu berlaku apabila sebuah lori dari arah selatan menghala utara hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar kenderaan lain," katanya.

Susulan kejadian itu, aliran trafik di kedua-dua arah bergerak perlahan apabila lorong kanan menghala utara ditutup sementara, katanya. - BERNAMA

Kemalangan

Artikel Lain