suria

Kerja Penyelenggaraan Bekalan Elektrik Tidak Akan Ditangguhkan

PUTRAJAYA: Kerja-kerja penyelenggaraan yang sedang dilaksanakan di stesen janakuasa Bukit Badong tidak akan ditangguhkan bagi mengelakkan masalah bekalan elektrik yang lebih serius.

Setiausaha Agung Kementerian Tenaga, Teknologi Air, Datuk Seri Dr. Zaini Ujang berkata, sekiranya kerja-kerja penyelanggaraan tidak dilaksanakan mengikut jadual, pengguna di Lembah Klang akan berdepan gangguan air dan elektrik bagi tempoh lebih daripada tiga minggu.

"Kerja-kerja penyelengaraan sudah bermula dan kita tidak boleh mengambil risiko jika menangguhkan operasi itu.

"Paling penting, kita menasihati pengguna agar tidak panik susulan gangguan bekalan air sehingga Jumaat ini," kata beliau di ibu pejabatnya.

Malah jelas Zaini, sebarang penangguhan secara tidak langsung akan menangguhkan tugas penyelenggaraan dan operasi pengagihan bekalan air tidak dapat dilaksanakan mengikut jadulan di Selangor, Lembah Klang dan Putrajaya.

Ditanya sama ada waktu penyelenggaraan memberi kesan kepada perniagaan, Zaini berkata, pihak terlibat perlu menutup operasi perniagaan mereka.

"Semua pihak terjejas dengan operasi penyelanggaraan berjadual ini," katanya.

Dalam pada itu, Zaini berkata, pihak berkuasa yang terlibat mengumumkan kerja penyelenggaraan itu lebih awal dan sektor perniagaan mungkin terjejas teruk jika tugas tersebut tidak dilaksanakan mengikut jadual.

Jelasnya, keputusan tersebut dibuat bersama antara Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Suruhanjaya Tenaga,  Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash), Unit Perancangan Ekonomi Selangor (UPEN), and Tenaga Nasional Bhd pada 31 Oktober lalu.

"Memandangkan gangguan bekalan air akan menjejaskan 3.8 juta pengguna, pihak Pengurusan Air Selangor meminta SPAN untuk mengendalikan tugas penyelenggaraan secara berperingkat dalam tempoh empat hari.

"Tugas itu dibuat berdasarkan konsep pengagihan selama dua hari dengan air dan dua hari tanpa air," katanya.


Zaini Ujang, SPAN, SPLASH, UPEN

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain