suria

Bank Negara Nafi Keluar Wang Kertas Baharu Tahun Depan

GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) pada Isnin menafikan dakwaan bahawa wang kertas baharu RM1, RM5, RM50 dan RM100 akan dikeluarkan pada 2017.

"Bank Negara Malaysia mengesahkan bahawa berita ini tidak benar.

"Siri wang kertas sedia ada sah dan terus berada dalam edaran," kata BNM  dalam laman web rasminya.

BNM mengulas rantaian mesej yang tersebar menerusi Whatsapp, yang menyebut wang kertas baharu akan mula diedarkan pada Januari dan mata wang lama tidak lagi mempunyai sebarang nilai. - BERNAMA

Bank Negara Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Lain