suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPRM Kelantan Tahan Dua Individu Buat Tuntutan Palsu

KOTA BARU: Seorang pengurus syarikat swasta berusia 49 tahun dan rakannya berusia 45 tahun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan berhubung tuntutan palsu melebihi RM132,000.

Pengarah SPRM Kelantan Datuk Moh Samsuddin Yusoff berkata kedua-dua lelaki terbabit ditahan di pejabat masing-masing di sini, pada 2 petang Ahad.

"Penahanan dua individu itu berkaitan tujuh dokumen invois tuntutan palsu yang dibuat kepada jabatan kerajaan.

"Bagaimanapun kedua-duanya dibebaskan pada hari yang sama dengan jaminan RM10,000 seorang dengan seorang penjamin," katanya dalam kenyataannya di sini, Isnin.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana mengemukakan tuntutan palsu dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan kerana memalsukan dokumen. - BERNAMA

tuntutan palsu, SPRM Kelantan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain