suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebih 100 Orang Sertai Himpunan Solidariti Di Hadapan Kedutaan Rusia

KUALA LUMPUR: Lebih 100 orang berhimpun secara aman di hadapan Kedutaan Rusia di Jalan Ampang di sini sebagai tanda solidariti terhadap kesengsaraan yang dihadapi umat Islam di Aleppo, Syria.

Sebelum itu, peserta perhimpunan berarak sejauh lebih dua kilometer dari Masjid Asy-Syakirin, Kuala Lumpur City Centre (KLCC) sehingga ke kedutaan berkenaan.

Perhimpunan anjuran Hizbut Tahrir Malaysia itu berlangsung selama dua jam, mulai 10 pagi Sabtu secara aman tanpa sebarang kekacauan selain polis turut mengawal lalu lintas di sepanjang jalan yang terlibat. 

Presiden Hizbut Tahrir Malaysia Abdul Hakim Othman berkata mesej utama yang ingin disampaikan ialah rakyat Malaysia turut merasai penderitaaan umat Islam di sana akibat peperangan. 

"Kami membantah sekeras-kerasnya kekejaman dilakukan terhadap umat Islam di Syria," katanya ketika ditemui pemberita.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) harus mengambil tindakan drastik bagi menangani keganasan di Aleppo dan memastikan rakyatnya diberi keutamaan.

Masyarakat dunia juga perlu mengutuk kemusnahan di bandar itu yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan, kata Ahmad Zahid.-- Bernama



Rusia, Aleppo, KLCC

Artikel Lain