suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Noraini Menang Jawatan Pengerusi Ahli Parlimen Wanita Komanwel

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad pada Jumaat menang dalam pertandingan merebut jawatan Pengerusi Ahli Parlimen Wanita Komanwel (CWP).

Pemilihan itu diadakan sempena Persidangan Ahli Parlimen Komanwel (CPA) yang ke-62 di London, United Kingdom.

Noraini memperoleh 53 undi mengetepikan tiga calon lain iaitu Joyce Watson dari Wales (15 undi), Poto Williams dari New Zealand (10) dan Linda Reid dari Kanada (9).



"Saya amat terharu dan berterima kasih di atas mandat dan kepercayaan yang diberikan kepada Malaysia untuk memikul amanah besar ini di peringkat antarabangsa.

"Pengalaman selama lapan tahun dalam CWP akan saya manfaatkan sebaik mungkin ke arah meningkatkan penyertaan wanita dalam politik dan Parlimen serta berkongsi pengalaman antara negara-negara komanwel ke arah meningkatkan lagi peranan wanita," katanya menerusi kenyataan ringkas pada Jumaat malam.

Pencolonan Noraini bagi jawatan itu dibuat oleh Speaker Parlimen Uganda, Rebecca Alitwala Kadaga dan disokong oleh Timbalan Speaker Parlimen Singapura, Lim Biow Chuan.

Jawatan berkenaan dipilih setiap tiga tahun melalui undian ahli CWP.

Persidangan CPA berlangsung mulai 11 hingga 17 Disember membabitkan semua negara komanwel.

Noraini Ahmad, CWP, CPA

Artikel Sebelum

Artikel Lain