Bomba Selamatkan Kanak-Kanak Cuba Terjun Bangunan - Semasa | mStar

Bomba Selamatkan Kanak-Kanak Cuba Terjun Bangunan

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak yang ditinggalkan bersendirian di rumah dan dipercayai cuba terjun dari kediaman keluarganya di tingkat tiga sebuah flat di Pandan Mewah di sini, sempat diselamatkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata kanak-kanak lelaki berusia lingkungan sembilan tahun itu dilihat cuba terjun dari belakang rumahnya setelah mencampakkan beg berisi pakaian ke bawah bangunan flat berkenaan kira-kira 10.30 pagi Jumaat.

"Sepasukan bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan dikejarkan ke lokasi itu sebaik menerima panggilan kecemasan pada 10.34 pagi namun didapati pintu utama rumah itu berkunci serta tiada penjaga.

"Bagaimanapun, pasukan penyelamat berjaya memasuki rumah berkenaan melalui pintu dan berjaya memujuk kanak-kanak terbabit sebelum dibawa turun," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Mohd Sani berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak itu tinggal bersendirian kerana keluarganya keluar bekerja.
Beliau berkata operasi tamat pada 11.06 pagi dan kanak-kanak itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Sebelum

Bekas KP Muzium Meninggal Dunia

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain