suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harga Bahan Api Turun Lima Sen Disember Ini

KUALA LUMPUR: Harga bahan api bakal menyaksikan penurunan sebanyak lima sen bermula tengah malam Rabu.

Harga baharu untuk RON95 ialah RM1.90 seliter (harga lama RM1.95) manakala RON97 pula RM2.25  dari RM2.30 seliter.

Bagi harga baharu diesel pula RM1.85 seliter (RM1.90).

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petron Malaysia Nor, Manshor Abdul Ghafar mengesahkan harga-harga baharu ini ketika dihubungi The Star Online.

Harga ketiga-tiga bahan api itu naik 15 sen awal November ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan harga petrol dan diesel berdasarkan sistem apungan sejak 1 Disember 2014, berikutan pemansuhan subsidi bahan api.

Harga bahan api, turun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain