suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPRM Teliti Kelemahan Amalan, Sistem Dan Prosedur Jabatan Air Sabah

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti kelemahan dalam amalan, sistem dan prosedur Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

SPRM dalam satu kenyataan di sini berkata, ia bertujuan untuk menambah baik proses kerja, khususnya berkaitan perolehan kerja-kerja penyelenggaraan infrastruktur air di jabatan itu.

Menurut kenyataan itu, usaha yang dilakukan adalah bagi menutup ruang dan peluang daripada berlakunya rasuah, penyelewangan dan salah guna kuasa dalam pelaksanaan projek-projek JANS dengan meneliti punca kelemahan yang wujud dan memperakukan cadangan serta nasihat bagi mengambil langkah-langkah yang diperlukan bagi mengatasinya. 

Langkah dan usaha itu diambil selepas bekas Pengarah dan Timbalan Pengarah JANS bersama-sama 23 jurutera dan juruteknik ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana projek di bawah JANS dalam beberapa siri operasi sejak Oktober lalu.

Satu pasukan khas diketuai oleh Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM telah ditubuhkan bagi meneliti dan merangka perkara itu.

Selepas meneliti dan mengenal pasti penemuan serta kelemahan-kelemahan yang berlaku, pasukan itu akan merangka beberapa cadangan bagi penambahbaikan ke atas amalan, sistem dan prosedur kerja pegawai dan kakitangan JANS.

Tindakan itu adalah selaras dengan fungsi SPRM di bawah Seksyen 7 (c), (d) dan (e) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

SPRM berharap agensi-agensi lain turut bekerjasama dengan SPRM bagi membendung perbuatan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di agensi masing-masing khususnya dalam perolehan kerja yang melibatkan dana awam. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain